Thursday, October 29, 2009

DESIGN BAJU SEJUK


Kek diorder oleh sahabat baikku.  Last minit baru bagi tahu.. nak kata tak sanggup tak sampai hati pulak sebab dia ni memang member kanceng.  Habis mendeco jam  2.30 pagi...siap mengemas dan mengelap dapur semua dalam jam 3.00 pagi.  Tengok jam 3.30 pagi pun mata masih tak mau lelap lagi. Ntah jam berapa pulak aku tertidur pun aku tak sedar,  yang pastinya loceng jam 5.30 pasti berbunyi untuk aku bangun pegi kerja.   Penghasilan kurang memuaskan sebab buat dalam keadaan yang kurang persediaan dan lagi pula dalam masa yang sama kena siapkan 150 biji cupcake yang diorder dari teman sepejabat.  Teman ini dah order 3 minggu awal dan saya memang telah bersedia untuk cupcake ni , tapi untuk kek yang besar ni, memang aku tak plan nak buat macam mana... gambar kurang jelas kerana camera saya di bawa ke German oleh suamiku, so aku hanya dapat menangkapnya mengunakan hp aku sahaja.

No comments:

Post a Comment