Selain dari memasak lauk pauk.. aku juga meminati membuat kek serta mendekonya. Walau pada permulaannya tanganku amat kaku.. namun lama kelamaan... aku jadi seronok meneruskan minatku ini.
Tanpa proper planning, tetiba masa nak pegi kerja huby kata esok kakak dia nak bertunang...tak kan nak balik dgn tangan kosong...so apa yang ada jer lah...dan inilah hasilnya sebagai hadiah hantaran dan selebihnya sebagai doorgift untuk tetamu.
Kek diorder oleh sahabat baikku. Last minit baru bagi tahu.. nak kata tak sanggup tak sampai hati pulak sebab dia ni memang member kanceng. Habis mendeco jam 2.30 pagi...siap mengemas dan mengelap dapur semua dalam jam 3.00 pagi. Tengok jam 3.30 pagi pun mata masih tak mau lelap lagi. Ntah jam berapa pulak aku tertidur pun aku tak sedar, yang pastinya loceng jam 5.30 pasti berbunyi untuk aku bangun pegi kerja. Penghasilan kurang memuaskan sebab buat dalam keadaan yang kurang persediaan dan lagi pula dalam masa yang sama kena siapkan 150 biji cupcake yang diorder dari teman sepejabat. Teman ini dah order 3 minggu awal dan saya memang telah bersedia untuk cupcake ni , tapi untuk kek yang besar ni, memang aku tak plan nak buat macam mana... gambar kurang jelas kerana camera saya di bawa ke German oleh suamiku, so aku hanya dapat menangkapnya mengunakan hp aku sahaja.
Sebahagian dari cupcake yang pernah ditempah oleh rakan sekerjaku dan juga untuk keluargaku sendiri. Ianya adalah projek2 awalku. Memang hasilnya cukup tidak memuaskan, namun harapanku agar kemahiranku akan bertambah dari semasa kesemasa.
Photo2 ini diambil setelah aku seharian berpenat lelah mengikuti kursus mendekorasi wedding cake, photo cake dan novalty cake ... dan satu hari lagi aku mengikuti kelas membuat cupcake dan juga fancy cookies di lovelianacakes. Banyak juga aku berhabis bagi mengikuti kursus2 ini. Memangnya hasilnya sungguh tidak memuaskan hati.. almaklum tangan aku ni kayu dalam bab2 mendeco ni.. namun bila telah agar kerap menerima tempahan.. makan skill tu telah ada jugalah dalam diri ini.